Masak lemak labu air kali ini digandingkan bersama dengan lobak merah dan kubis cina.Saya suka makan sayur-sayuran.Tak kisah walaupun tak ada lauk tambahan protein.Ini pun dah cukup mengenyangkan.Saya suka makan sayuran sejak belajar di universiti.Kononnya nak jimat duit, makanan di cafe fakulti memang mahal.Saya suka target makan tengah hari tak boleh lebih dari RM4.Jadi sayuran menjadi pilihan.Kalau add on ayam/ikan tentu boleh capai RM5+.Ok zaman tu dah berlalu..:) move forward.Jadi tambahan lauk masakan untuk resepi ini boleh digandingkan dengan sambal belacan dan ikan goreng.Cukup sempurna.
1/2 biji Labu air
1 batang lobak merah
1/4 kubis jepun (agak-agak)
Santan
Air
3 ulas bawah merah
3 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis
secubit lada putih
Caranya :
1. Tumbuk bawang merah-bawang putih, lada putih dan ikan bilis.
2.Tumiskan bahan tumbuk tadi dan tambahkan air
3.Selepas air dah didih, masukkan labu air yang dipotong.Tunggu sehinga labu air hampir masak.
4.Masukkan semua kubis cina dan lobak merah.Kemudian tambahkan santan.Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak.Api disederhanakan.
5.Tambahkan sedikit garam dan gula.Siap.

Comments
Post a Comment