Resepi Gulai Ikan Duri

Resepi gulai ikan atau kari ikan ada dua cara, satu menggunakan rempah paket satu lagi rempah giling/kisar.Saya suka menggunakan rempah peket sebab lebih cepat dan mudahResepi untuk gulai ikan menggunakan rempah kisar akan di-update akan datang.Dulu saya tak pandai nak masak gulai ikan.Selalunya tak menjadi, terlebih masam dan rempah tak cukup masak.Walaupun saya anak jadi utara yang terkenal dengan masakan kari/gulai ini.Alhamdulillah setelah beberapa kali cuba akhirnya menjadi.Okay..ini cara saya...


5-6 ketul ikan duri
2 tangkal daun kari
Santan
Rempah kari ikan Babas
Halba campur
3 bawang merah
5 bawang putih
Air asam jawa
Cili kering kisar
Garam
Bendi/tomato

Caranya :
1.Tumbuk atau kisar bawang merah dan bawang putih
2.Separuh daripadanya diasingkan untuk bancuhan rempah.
3.Bancuh rempah kari ikan, bawang yang ditumbuk/kisar, air dan cili kering kisar.
4.Tumis halba campur, daun kari dan sebahagian dari bawang yang ditumbuk sampai kekuningan.Api jangan terlalu besar.
5.Masukkan bancuhan rempah dan biarkan sehingga pecah minyak.
6.Kemudian tambah air asam jawa dan kacau tunggu sehingga didih, tambahkan garam.
7.Masukkan ikan kedalam periuk gaul rata.
8.Tambah santan.Jika guna santan kotak tambah sedikit air.Masukkan bendi dan tomato.Perlahankan api.tunggu sehingga pecah minyak sekali lagi.Memang lama tetapi untuk pastikan rempah dan santan masak sekata.
Pecah minyak

Selepas tambah santan




Comments