Resepi Kambing Bakar Simple

Kepada peminat setia kambing selepas ni boleh jimat duit makan di kedai.Lepas ni dah boleh buat sendiri dan lebih jimat wang berbaloi baloi.Takkan menyesal cuba resepi ni.




3 kepingan daging kambing(Terpulang nak bahagian mana)
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 jemput lada hitam
2 cubit garam
Sos karamel pekat
Kicap manis
Minyak zaitun
Oregano


Caranya :
1.Basuh daging dengan tepung gandum.
2.Tumbuk halia,garam,bawang putih,lada hitam
3.Campurkan semua bahan ke dalam bekas bersama daging.
4.Perap selama 4-5 jam.
5.Kemudian bakar dalam pemanggang ajaib atau atas bara api.
6.Resepi ni boleh dicuba menggunakan ayam.Kalau banyak double-kan sukatan.

Comments