Resepi Yee Mee Sizzling

Selalu Yee Mee Sizzling ada kat foodcourt je kan.Tapi sebenarnya boleh buat sendiri walau tak ada hotpot.1 paket yee mee selalunya ada 6 gulung mee.Jadi boleh makan ulang.Kuah boleh simpan dalam peti. Lebih jimat kepada yang betul-betul suka makan  yee mee.Nak extra ayam, sayur, cendawan telur sendiri boleh bikin.Ini cara saya....



1 paket Yee Mee Sizzling
2 Genggam cendawan cina (beli yang siap potong,rendam 3 jam bagi kembang)
1/2 ayam dipotong kecil
2 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
3 biji bawang merah/2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 inci halia
8 tangkai cili kering potong 2
Kicap pekat/sos karamel pekat
Sos tiram
Minyak bijan (Optional)
Cili kering kasar(Optional-suka pedas boleh letak)
Garam
Gula
Bancuhan tepung jagung

Tambahan :
Sawi/pak choy
Telur
Cili jeruk atau cili padi


Caranya :
1.Bawang putih,bawang merah,halia dikisar atau ditumbuk di tumis dengan cili kering sehingga naik bau.
2.Masukkan ayam dan cendawan.Tambah sedikit air dan lada hitam yang ditumbuk kasar.Tunggu sehingga ayam dan cendawan masak.
3.Kalau suka pedas tambahkan cili kering kisar.Tak nak pun takde masalah.Bagi pecah minyak ye.
4.Tambahkan kicap,sos tiram,sos karamel pekat,garam,gula dan beberapa titik minyak bijan.Jangan terlalu banyak.Tambah air sebanyak mana yang mahu.
5.Tunggu sampai didih.Masukkan bancuhan tepung jagung utk memekatkan kuah.Bancuhan dengan air biasa,jangan gunakan air suam atau panas.
Dalam kuali atau ceper, masukkan yee mee dan sayur sawi.Tambahkan kuah seberapa banyak yang nak.biar separuh yee mee tu terendam.kemudian pecahkan telur dan tutup.Tunggu sehingga yee mee lembut.Kemudian hidangkan dengan jeruk cili atau cili padi.

Comments