Resepi Ketupat Daun Pisang

Okay..Menu wajib hari raya bagi saya.Saya suka ketupat yang dibalut daun pisang sebab mudah dan cepat.Bukan tak pandai membalut dengan daun palas tapi agak renyah memang tiap-tiap tahun kena recall cara nak buat.Ini cara saya..



Santan
Beras pulut susu
Daun pandan
Gula Garam
Air
Daun pisang
Tali

Caranya:
 1.Satukan air, daun pandan, sedikit garam dan santan dalam periuk.Kalau pakai santan kotak extra sikit air kalau santan nyor cair tak perlu air pun tak apa
2.tunggu sehingga didih dan sentiasa kacau jangan bagi pecah minyak santan.
3.Beras pulut yang dibasuh dicampurkan ke dalam periuk.Kacau sebati.Api perlahan yer.
4.Bila santan semakin kering tambahkan gula sedikit ke dalam beras pulut tadi dan kacau rata.Kemudian tutup api.Waktu ini beras masih mentah pun tak apa.Sebab nanti kita akan kukus bila dibalut.Andai kata terlebih masak tak apa.Hanya kukus sekejap sahaja nanti.Tunggu sehingga beras dah sejuk baru boleh balut.


Daun pisang dilayur di atas api dan lap dengan kain bersih.
Bentangkan daun pisang, letakkan pulut dan balut.Kemudian ikat dia setiap penjuru daun.Kemudian kukus sehingga pulut betul-betul masak.



Comments